My Single Life..

Puisi saya

Himpunan Puisi2 yg aku suke :

03.10.2007

Cinta pertama adalah kenangan
Cinta kedua menjadi pengajaran
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
Kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam
Bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
Bukan kekasih namanya jika
Hatinya tidak pernah merindu dan cemburu…

mencintaiku bukan mudah… . tak juga yang susah segalanya terletak di hatimu… andai kesempurnaan yang kau cari aku bukanlah insan yang sesempurnanya buatmu… .tapi aku akan bisa menjadi yang terbaik untukmu… sempurna dimatamu walupun tidak pada orang lain… .mencintaiku,… . perlukan kesabaran sama seperti seandainya ku juga menyintaimu… kerana kita ini manusia…amarah,cemburu dan prasangka adalah rencah dalam berkasih sayang…adunan yang sekata bisa membuatkannya lebih indah… dengan disulamai keihklasan… kerana Allah… mencintaiku… . tidaklah payah… . kesenangan memang tuntutan hati… seadanya lah kita bina hidup kita… .kerana didunia ini… . aku tak bisa menjadi hipokrit… . aku mau hidup yang sebenar…sesungguhnya mencintaiku tidaklah sesukar mana… …

Awak…

Hari tu…kita rindu separuh mati kat awak
Hari tu…kita menangis sorang-sorang
Hari tu juga kita rasa macam nak pengsan

Semalam…kita masih lagi rindu kat awak
Semalam…kita kesat air mata kita
Semalam juga kita dah terjaga dari pengsan

Hari ni…kita dah tak rindu

Hari ni…kita dah tak nangis

Hari ni juga…kita dah mampu bernafas

Kita tak buang awak

Kita tak benci awak

Kita pun tak marah kat awak

Cuma….

Kita rasa hidup kita lebih sempurna tanpa awak
Kita rasa kita bebas tanpa awak
dan kita masih mampu gembira tanpa awak di sisi

Terima kasih …. awak!

15.10.2007

Setiap langkah yang aku susuri..
Aku bawa sinar dan kepastian…
Setiap perjalanan yang aku harungi..
Aku suluhi dengan harapan…

Aku sedar cinta kita masih ada
Namun kita tak mampu menghidupkan semula
ia terdampar begitu sahaja
Menjadi kenangan yang sukar dilupa

Andai semua ini satu takdir…
Aku reda tempuhi…
Andai semua ini ketentuan..
Aku relakan dengan keinsafan..

Biarkan ia berlalu…
Jika itulah noktahnya..
Biarkan ia pergi..
Jika itulah penghujungnya….

Terima kasih atas segalanya..
Kerana mengajar aku erti percintaan..
Terima kasih atas ketentuan..
Kerana di situlah bermula segalanya.

Aku dan dia
Pernah bersatu
Namun hakikatnya
Perpisahan, adalah yang terbaik buat kita..

Mungkin ini suratan drpd Nya,
Akan ku cuba untuk terima,
Seikhlas mungkin………

22.10.2007

13.11.2007

Persengketaan yang hadir
Menyiksakan sanubari.
Bicara hati dua jiwa
Berlainan perasaan
Berbeza pemikiran.

Penyiksaan membuatkan aku
Kadangkala hilang kawalan.
Emosi meguasai diri
Minda sebu
Otak beku
Tindakanku kaku
Bicaraku bisu

Apa lagi yang perlu dinanti?
Andai hanya aku yang berharap
Agar bulan jatuh ke riba
Supaya kekusutan dapat dileraikan
Kerana episod smlm kita berdendam hingga ke hari ini

Aku hanya mampu pasrah padaNya
Bersama kekalutan ini
Berbekalkan secarik harapan
Agar yang keruh dapat dijernihkan
Semoga kekalutan dapat diungkaikan
Supaya persengketaan dapat disisihkan.

Maafkan aku seandainya terlalu berharap
Maafkan aku seandainya selalu memaksa
Hanya kerana aku………………….

pUiSi 2008

Malam itu…
Saat berakhirnya kisah cinta kami
Dia masih mampu tersenyum memutuskan
keputusan yg aku rase plg tidak adil dlm hidup ini
Tanpa alasan yg kukuh dia telah
menghancurkan seluruh kepercayaan aku terhadap
kehadiran cinta

Pagi keesokannya…
Dia masih mampu tersenyum
Berbual mesra bersama2 temannya
tanpa mempedulikan kehadiran aku disitu
Luka di hati hanya Tuhan yg tahu

Pada petangnya pula…
Aku lihat dia tersenyum lagi
Kali ini lebih galak tawanya seperti
berpisah dengan aku satu ketenangan baginya
Kini baru lah aku tahu, cintaku tidak
diperlukan lagi

Dan sebenarnya setiap hari yg berlalu
Seperti membunuh aku
Bila terus melihat senyuman & tawa riangnya
Bahagiakah DIA meninggalkan AKU?
Kini aku berserah pada Tuhan semoga
aku dpt melupakannya dan biarlah
dia terus lenyap dari ingatan ini