7 Apr

Hari ni aku nak menulis pasal penyaynyi tersohor negara kita iaitu Sudirman Hj. Arshad.. Penyanyi yg sampai kini masih tiada galang ganti nyer…. Tiada artis yg mampu menandingi kehebatan beliau..CT pun xsehebat beliau….Walopun dia dah lama meninggal dunia, tapi bak kata org, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Abang Sudir bukan saja meninggalkan nama, tetapi juga hasail2 karyanya dalam bidang seni suara.Apa yg aku kagum dgn sudir ialah lagu2 yg di tulis nyer seakan2 punyer ROH…Lagu dia kesemua nya benar2 HIDUP sepanjang zaman…..Apa beza lagu2 sudir dgn lagu2 lain ialah.. Arwah sudir menyanyi lagu2 dia dgn HATI dia….Adakala nyer bila ku dgr lagu2 dia…mmg aku boleh menangis.. Setiap lagu dia, ada cerita di dalam…..
Bila aku baca kisah hidup arwah sudir….Hati aku tersentuh dgn Liku2 yg dia tempuhi sbg anak seni…So di sini aku nak share dgn korang cerita ttg arwah sudirman…
Terlebih dahulu aku nak ucapkan trima kasih pada Leon_mclaren78 (forumer cari) sbb mberi aku keizinnan tuk amik gambar dlm cover album sudir ni…Aku tabikkk springgg kat ko masih myimpan sume album arwah sudir…

Siapa Sudirman Hj. Arshad?
Beliau yang merupakan penghibur serba boleh telah membuat kejutan dari Sekolah Pay Fong, Melaka (1976) sehingga ke ruang berprestij di Royal Albert Hall London (1989).
Beliau merupakan segala-galanya bagi kita kerana dialah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.
Bakat anak kepada ahli politik Temerloh yang dilahirkan 25 Mei 1954 ini telah diketengahkan apabila memenangi pertandingan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dengan mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender.
Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya di mana pada tahun 1980 beliau telah lulus peperiksaan undang-undang dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan mahkamah empat tahun kemudian.
Kemuncak kejayaan Sudirman sebagai penghibur ialah berikutan terpilihnya dia sebagai Penghibur Nombor Satu Asia mengalahkan kesemua artis popular serantau, termasuk Anita Sarawak dan Leslie Cheung pada satu pertandingan nyanyian Salem Music Award di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.
Hari memperingati kekasih, Februari 1981 merupakan detik-detik manis beliau apabila menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamarian “Kay” Jamaluddin. Walau bagaimanapun, jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
Namun zaman kegemilangan beliau hanyalah sementara apabila pada 22 Februari 1992, ketika berusia 37 tahun beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Jenazah beliau telah disemadikan di Kampung Cengal, Temerloh.
Al-Fatihah untuk beliau.
Sudirman yang tetap dirindui - 22/02/2004
Oleh BAHYAH MAHMOOD
TARIKH 22 Februari adalah pemergiannya. Kini 22 Februari 2004, diam tak diam sudah 12 tahun penghibur kesayangan ramai Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.
Tahun demi tahun, pemergiannya tetap dikenang oleh ribuan peminatnya. Bahkan Sudirman sentiasa di hati insan-insan yang menyayanginya.
“Sedihnya sampai sekarang tak hilang-hilang,'' begitulah kata sedih pilu yang sering diucapkan oleh kakak-kakak dan abang-abang yang ditinggalkan. Merekalah yang menjaganya siang dan malam. Malah yang turut merasakan penderitaan yang ditanggung selama tujuh bulan terlantar sakit.
Sudirman yang periang, ligat dan lincah di pentas menyanyi. Beramah mesra dan keletah senda guraunya. Tetapi di kala itu Sudirman sudah tidak boleh bersuara lagi, membisu seribu bahasa. Cuma sesekali air matanya berlinang seolah-olah menyatakan penderitaannya yang tak tertanggung.
Seorang penghibur ternama (Penghibur Nombor 1 Asia), juga penghibur rakyat yang disayang dan disanjung tiba-tiba terkurung di sebuah kamar sepi, tanpa kata-kata, tanpa suara, tak ubah seperti kanak-kanak dewasa, matanya sentiasa memandang ke bumbung, pandangan yang kosong, tanpa sebarang erti.
Tak siapa yang tahu keadaannya. Tak siapa yang melihatnya selain abang-abang dan kakak-kakaknya. Andai siapa saja yang dapat menemuinya ketika itu, bukan sahaja menangis bahkan meraung dan meratap sepuas-puasnya. Saya menyaksikan sendiri keadaan Sudirman. Saya juga kehilangan kata-kata cuma air mata yang menceritakan gejolak di jiwa.
Penderitaan Sudirman umpama bait-bait lagunya Terasing dan Salam Terakhir (lagu Manan Ngah, lirik Habsah Hassan).
Tersekat nafasku
Kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Pemergian ku ini tak dirancang
usah ditanya mengapa aku
mengucap salam terakhir
demi sebuah kenyataan
yang amat menyakitkan
aku tidak berdaya
hanya berserah pada-Nya
Begitulah keadaan Sudirman. Lemah dan tidak berdaya. Hanya berserah kepada Allah yang Maha Berkuasa. Keadaannya tak ubah seperti nyanyian yang dilagukannya.
Salam Terakhir mempunyai makna yang mendalam,'' kata Doktor Roslan, abang Sudirman.
“Setelah dia pergi, barulah kami sedar dan menghayati seni kata lagu itu, penuh bermakna. Seolah-olah dia memberitahu bahawa dia akan pergi.
“Rasa tak sanggup saya mendengar nyanyiannya. Sedih rasa hati. Semua kasetnya tersimpan dengan baik,'' ujar Dr. Roslan.
“Barang-barangnya yang ada di rumah saya, selalu mengingatkan saya kepadanya. Terasa rindu apabila melihat baju Melayunya tergantung. Kalau nak suruh anak-anak saya memakainya, akhirnya nanti buruk dan lusuh. Biarlah tergantung begitu, sebagai pengubat rindu,'' ujar Haji Basir seorang lagi abang Sudirman,
“Apabila terdengar nyanyiannya, lagilah teringatkan dia. Dia memang kelakar. Ada ke saya ini digelarnya “hero Cina''. Diman memang penghibur dalam keluarga. Memang tak boleh lupa,'' kata Haji Basir yang tidak lupa selalu mendoakan arwah adik kesayangannya itu.
“Masa saya asyik membeli-belah baju raya untuk anak-anak di pusat membeli-belah, tiba-tiba terdengar lagu joget Diman berduet dengan Zaleha Hamid. Terus hati jadi sebak hingga menitis air mata. Tak jadi nak beli baju raya kerana teringatkan dia,'' kata kakak allahyarham, Roaini Haji Arshad seorang jururawat.
“Apabila mendengar nyanyiannya, terasa macam dia ada lagi. Terbayang-bayang semasa dia sakit. Hari-hari saya menangis melihat penderitaannya. Memang sedih. Sedihnya sampai sekarang tak hilang-hilang,'' demikian kata Roaini.
Seorang lagi kakak Sudirman, Datin Hajah Rudiah (emak Atai) pula apabila masak nasi lemak mesti teringatkan Sudirman.
“Diman suka makan nasi lemak. Lauknya tak cukup dengan sambal tumis sahaja. Mesti dia suruh saya rebus telur. Telur rebus mesti ada.
“Kami semua apabila dah berkumpul adik-beradik, pasti teringatkan dia, masa itulah terasa rindu sangat kerana dia sahaja yang tak ada.
“Di rumah, kadangkala saya terjenguk-jenguk teksi yang berlalu di depan rumah, teringat dia datang selalu menaiki teksi,'' ujar Rudiah yang menjaga adik kesayangannya di rumahnya di Bangsar.
Saya sendiri merasa kehilangan Sudirman. Sebelum Sudirman jatuh sakit teruk pada pertengahan tahun 1991, dia ada melayangkan secebis nota yang berbunyi:
“Maaf, saya sudah tidak dapat melukis untuk ruangan teringat-ingat URTV kerana tak terbuat lagi.''
Sama sekali saya tidak memahami kata-kata yang penuh makna itu. Pada fikiran saya, Sudirman terlalu sibuk agaknya!
Alangkah sedihnya saya sendiri tidak tahu bahawa kala itu, Sudirman sudah tidak boleh melukis dan menulis lagi. Tangannya lemah. Dia sakit.
Saya cuba menelefonnya, gagal. Saban hari saya mencarinya, tapi hampa. Sehinggalah mendengar berita yang mengejutkan, Sudirman dikejarkan ke hospital.
Sudirman selalu mengatakan, “Hubungilah saya kalau ada hal mustahak, tengah malam ke, subuh ke, saya tak kisah.''
Sebagai wartawan, saya memang selalu berhubung terus dengan Sudirman. Terus terang saya katakan padanya, saya kurang gemar berurusan melalui pengurusnya sebagai orang tengah. Saya nak bercakap sendiri dengan Sudirman, tak mahu pakai pengurus.
Sememangnya saya risau sungguh dengan kehilangan Sudirman. Di mana agaknya orang sembunyikan dia? Hati saya terus tertanya-tanya. Apa sakitnya? Bagaimanakah keadaannya?
Sejak saat itu di ruang Syhhh… BAM, saban minggu saya meratap dan merayu kehilangan Sudirman, juga atas desakan peminat-peminatnya yang juga kerisauan. Di mana Sudirman, di mana dia?
Tiba-tiba saya teringatkan kata-katanya:
“Kak Bahyah boleh tak kalau saya membeli tanah kubur di London misalnya?''
Saya tidak terkejut, malah mentertawakannya: “Mengarutlah!'' jawab saya.
Selamba saja katanya: “Ini kan angan-angan saya saja. Saya fikir kalau Tuhan nak ambil nyawa saya nanti, biarlah saya mati di London. Kerana saya tak mahu peminat-peminat saya bersedih dan menangis kerana kematian saya, seperti kematian P. Ramlee semua orang menangis, menjadikan Kuala Lumpur banjir air mata peminat-peminat.''
Memang saya tahu Sudirman begitu menyayangi peminat-peminatnya. Walau secarik surat peminat, pasti mendapat balasan. Tidak dihampakan.
Sudirman sentiasa mahu peminat-peminat melihat dia sentiasa riang menyanyi dan menghibur. Sudirman pasti berpesan sejak awal lagi kepada kakak-kakak dan abang-abangnya, sekiranya dia sakit, dia tidak mahu sesiapa pun datang menziarahinya. Kerana orang sakit pasti lemah dan tidak ceria.
“Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia,'' begitu penjelasan Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Mujurlah saya meratap merayu di kolum Syhhh… BAM hinggakan hancur luluh hati Dr. Roslan membacanya saban minggu di akhbar Mingguan Malaysia, lantas menelefon Rudiah supaya mengizinkan saya menziarahi Sudirman.
Rudiah meminta izin daripada Sudirman sendiri yang ketika itu sudah tidak boleh bercakap, tapi faham apabila ditanya.
Kata Rudiah, Sudirman mengangguk dan berlinangan air matanya ketika itu. Mungkin dia tahu Bahyah Mahmood tetap sayangkan dia.
Berdebarnya hati saya semasa melangkah masuk ke rumah Rudiah, menaiki tangga dan dibawa ke bilik yang dihuni oleh Sudirman. Memang sungguh memeranjatkan. Seluruh anggota saya jadi lemah, terpaku dan terpukau menatap Sudir yang lemah, pendiam dan membisu.
Sudirman bukan lagi Sudirman yang sebenarnya. Bagaikan Sudirman jelmaan yang tidak tahu apa-apa, tak ubah seperti budak yang tidak tahu berkata-kata. Namun air matanya berlinang. Hingga saat ini saya masih lagi terpandang-pandang dan teringat-ingat.
Sekali-sekala apabila mendengar selingan nyanyian di TV terasa sebak yang amat sangat, terasa dia masih hidup, membuatkan saya bercakap sendirian.
Buku surah Yasin Sudirman berwarna kuning, terungkap kata-kata: “Bagi mengingati Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Februari 1992 bersamaan 18 Syaaban 1412. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, al-Fatihah. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada keluarga Allahyarham.''
Buku surah Yasin Sudirman sentiasa berada di dalam beg telekung saya. Setiap malam Jumaat buku Yasin Sudirman inilah yang saya tatap dan membacanya di surau Al-Huda, Taman Keramat. Biarpun macam-macam buku Yasin yang dihadiahkan, namun buku Yasin Sudirman sudah melekat di hati saya sebagai pengubat rindu kepada adik tersayang.
Mewakili adik-beradiknya seramai tujuh orang, Dr. Roslan berharap sangat royalti hasil jualan kaset, CD dan sebagainya keluaran EMI dapat digunakan sebaik-baiknya untuk kebajikan berupa biasiswa untuk pelajar-pelajar miskin.
Sememang itulah menjadi impian Sudirman semasa hayatnya. Dia ingin membantu pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi.
Hari ini 22 Februari, sempena 1 Muharam 1425 berlangsung tahlil mengenang pemergian Sudirman di rumah Dr. Roslan dan isterinya Fatimah Sidik.
Biarpun jasad telah dibatasi bumi, kasih dan sayang tetap basah ingatan. Seperti lirik lagu ghazal Musalmah Manis, “Hati yang baik, mulut yang manis. Sampai mati dikenang orang.''
- Penulis adalah bekas Pengarang URTV.
**Terdapat byk mitos kenapa arwah meninggal….ada yg kata dia meninggal kerana AIDS <– ni adalah pitnah semata2 oleh org yg dengki apa dia…Dan ada juga khbar yg kata di a meninggal kerana buatan org….waallahualam…Tp kalo mengikut fakta yg di beri beliau meninggal kerana menghidap penyakit radang paru-paru {pneumonia}.
cover album ni di bahagian belakang… apa yg menarik perhatian aku ialah terdapat coretan kata2 Abg Sudir untuk setiap track. **Kredit to leon_mclaren78




**pic kay (xwife) dlm album sudirman
Dari apa yg aku tau arwah sudir berkahwin dgn gadis pertronas…yg org sume pabggil dia sebagai "Kay"….Arwah berkahwin dgn dia di saat karier dia naik memuncak kira ambang gemilang beliau…ini myebabkan beliau terlalu bz dan tidak dapat mbahagikan masa antara kerjaya & rumah tangga…Dan khirnya mbawa kepada perpisahan….Aku ingt lagi kata2 arwah sudir dlm konsert sudirman hati tu "Kesilapan yg Manis tp Pahit di telan…" Dlm interview kak habsah hassan pasal citer sudir ni dlm interview tu kata yg paling dia sedih bila dgr lagu merisik khabar katanya lagu tu adalah segalal2nya ttg diri sudir slps bercerai katanya walau dah bercerai sudir tak pernah salahkan bekas isteri dia malah dia puji kay kerana memilih dia sbg suami kerana dia bukanlah kaya,rendah,tak ensem tp kay pilih dia jadi suami.
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu…
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu…
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu…
setiamu tiada lagi
diriku kini engkau hindari
kehadiran ku kau tak peduli
sendaku menyakitkan hati
tak tahu apa sebab nya
dirimu kini jauh berbeza
memandang wajah ku pun kau enggan
mungkinkah aku kau lupakan
c/o
kau bisikkan…
agar kau dilepaskan
itu harganya
utk kau berbahagia
kau nyatakan…
kau ada penggantinya
ku tersentak
rasanya biar mati
demi ketulusan cinta
pada mu yg tiada batasnya
ku relakan perpisahan ini
biar pun menikam dihati…
p/s : lagu ni ditujukan khas kpd bekas isteri beliau KAY…menceritakan kisah perkahwinan/rumahtangga beliau….memang sedih betul lagu ni…
Pada 22hb Feb 2007 - genap la sudah pemergian penyanyi kesayangan ramai yang masih tak dapat dicari ganti – allahyarham sudirman hj arshad -beliau meninggal dunia 22 feb 1992 -semuga allah mencucuri rahmat ke atas roh sudir -
AL - Fatihah…

16 Responses for "Mengenang Sudirman Hj. Arshad"
AL - Fatihah
Pola ;Tu la…
boleh tak nk tau nama lagu tema website ini….
POLA = Lagu ni tajuk dia “Ruang Rindu - LOTTER”
sedihnya bc website ni…meleleh air mata…kd family sudir tabahkn hati.. walaupn sy lahir 2 taun lpas arwah mninggal,sy ttp mnt die slame-lamenye.. sy lahir 11 , feb,94…nk tnye tarkh lahr sudir ble??? 21,mei ke 25,mei ke 12, mei???keliru laaaa….
POLA = Dari apa yg saya baca, dia lahir pada tanggal 25 Mei 1954…
sudirman seorg professional,,peguam dan penyanyi..contoh bg artis2 baru tanah air kita
Sedihnya baca artikel nih…berjurai jurai airmata mengalir. Sudirman adalah hero bagi ramai orang termasuklah saya, masa kecil dulu semenjak saya tahu sudirman university graduates , semenjak tu lah tanam cita cita nak masuk university jugak..macam sudirman . Thank you , Sudirman. Al fatihah
Al-Fatuhah buat Allayarham Sudirman..biarpin dh lama dia pg org still ingat dia,lagu2 di yg sedap dan mmg menyentuh hati tu…
semoga allahyarham tetap diingati.. Al-Fatihah..
Allayarham memang seorang yang tabah dalam menghadapi apa jua liku-liku kehidupannya………pemergian merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia hiburan……..saya amat mengkagumi beliau…….semoga roh nya dicucuri rahmat amin……..sama-sama kita doakan
kami amat mengkagumi belia……….beliau seoramg penghibur yg mencurahkan perasaan nya dalam setiap lagu yg dicipta atau dinyanyikan oleh beliau
……….setiap lagu beliau yg kami dengar akan membawa keinsafan dlm diri kami….lagunya yg penuh dgn makna yg tersirat dan tersurat…….semoga Allayarhan Sudirman ditempatkan dgn orang-orang yg soleh……..amin Al-Fatihah……… 
Rasa sebak membaca artikel ni….lagu22nya tetap ku dengar walopun sudir tiada lagi kerana sudah lame meninggal dunia….salam terakhir begitu mendalam maksudnya seolah2 sudir mengetahui akan pemergiannya…memohon maaf jika terdapat kesalahan yang di lakukannya..sudir tetap yang terhebat…personalitinya yang menggambarkan sudir org yang berilmu….pandai memikat peminat dengan personalitinya….kagum dengan persembahannya..sedekahkan al-fatihah kepadanya semoga rohnya dicucuri rahmat….amin
burnmarkz.multiply.com
dijemput tuan punya site ni..
Saya ni peminat setia Arwah Sudir, banyak koleksi arwah ada dalam simpanan saya segala kaset2, tape video shaw arwah di
RTM pun ada, termasuk keratan akhbar dan URTV berkaitan arwah Sudir.
Saya ni peminat setia Arwah Sudir, banyak koleksi arwah ada dalam simpanan saya segala kaset2, tape video show arwah di
RTM pun ada, termasuk keratan akhbar dan URTV berkaitan arwah Sudir.
sudirman walaupun telah pulang ke rahmatullah tapi lagu-lagu allahyarham masih segar dalam ingatan, siapa ada lagu sudirman dari kaset yang pakai baju askar - lagu “di suatu pagi”- senikata lagunya lebih kurang : di suatu pagi , kuterbangun dari mimpi ,….. Lagu ni pernah kami gunakan untuk pementasan hari guru di SIGS JB tahun 1982. puas cari lagu ni tapi tak dapat. tolong bantu carikan lagu ini untuk saya.
mmg betul/benar arwah sakit kerana dibuat orang “sihir”….
ader yang dengki dengannya….
aku sgt hairan orang sebaik dan sejujur arwah pun ada jgk yang dengki mendengki….
kenapa orang kita mesti jadi mcm ni?
tak boleh melihat kesenangan & kejayaan orang lain?
kepada sahabat2 ku… amalkan lah surah AL-FALAQ utk berlindung daripada segala kejahatan dan fitnah manusia yang selalu dengki…. sempurnakanlah wuduk, kerna dengan itu shj yang boleh melindungi kita drpada segala kejahatan manusia yang suka menggunakan “sihir”…
Orang yang suka sihir-menyihir nie mmg PENGECUT!!!! kerna takut berhadapan dengan kenyataan…
Kepada Arwah Abg Sudirman,
aku sgt berbangga dengan mu…
setiap lagu yang dibawa cukup “terasa”
w/pun aku tidak lahir di zaman kegemilangan mu…
kepada tuan rumah, izinkan saya ambil sedikit keratan mengenai ARWAH SUDIRMAN HJ. ARSHAD untuk blog saya..saya anak jati temerloh, ingin saya buat lagu tribute untuk arwah Sudirman..tq..tiada insan lain galang ganti bagi beliau, menyanyi bukan untuk populariti tapi untuk menghiburkan semua peminat..wang bukan segala-galanya..namun tuhan lebih sayangkannya..P. Ramlee & Sudirman lagenda yang takkan ada penggantinya..
Leave a reply